Formula perpaduan perlu digunakan dalam PRU16

Iklan
Saifuddin Nasution

SHAH ALAM - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota memberi isyarat bahawa formula perpaduan diterima oleh rakyat dan perlu digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, formula tersebut juga harus dipertahankan untuk siri pilihan raya akan datang.

Iklan
Iklan

Ujar beliau, rakyat kekal tidak terpengaruh dengan politik sempit pembangkang meskipun pelbagai isu dan sentimen telah dimainkan oleh mereka.

"Saya melihat kesepaduan yang terjalin antara jentera perpaduan membabitkan Barisan Nasional (BN) dan PH, Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Iklan

"Pujian harus diberikan kepada jentera PH yang saya lihat mereka bersungguh-sungguh bekerja bersama dengan BN untuk memenangkan calon dari UMNO,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah dilaporkan menang dengan majoriti menang dengan majoriti sebanyak 20,648 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar pada Sabtu.

Iklan

Secara keseluruhan, Ketua Pemuda UMNO Kluang itu memperoleh undian sebanyak 27,995 undi sementara Mohamad Haizan, 7,347.

Ulas Saifuddin, kejayaan calon Kerajaan Perpaduan memenangi kerusi DUN Mahkota itu membuktikan penerimaan rakyat terhadap gabungan perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, kemenangan bergaya itu turut membuktikan rakyat menolak politik sempit, perkauman dan agama yang dibawa pembangkang untuk mencetuskan kegusaran rakyat.

"Tahniah saya ucapkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas kejayaan luar biasa ini dan kepada Syed Hussein selamat berkhidmat, jalankan amanah dengan penuh tanggungjawab,” ulasnya.