Lelaki hilang lebih 16 jam ditemui lemah dalam semak

Iklan
Mangsa (tengah) ditemukan dalam keadana lemah berhampiran kawasan semak di lokasi kejadian.

KEMAMAN - Seorang lelaki yang hilang sejak lebih 16 jam lalu ditemukan dalam keadaan lemah di kawasan semak berdekatan Perumahan Rumah Murah Binjai, Chukai, di sini pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chukai, Mohd Zailani Abdullah berkata, mangsa, Mohd Khaidir Ahmad Zubir, 40 didapati hilang sekitar jam 7 malam pada Sabtu.

Iklan
Iklan

"Kita menerima laporan berhubung kehilangan mangsa jam 10.28 pagi pada Ahad dan telah menggerakkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian di bekalang SK Binjai, Jalan Air Putih, di sini.

"Operasi mencari mangsa dijalankan sekitar kawasan taman perumahan dan mangsa berjaya dijumpai dalam keadaan lemah di tepi semak pada jam 11.36 pagi tadi oleh pasukan penyelamat," katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Iklan

Menurut Mohd Zailani, mangsa diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital menggunakan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Lokasi pencarian mangsa yang dilaporkan hilang sejak jam 7 malam pada Sabtu.

Sementara itu, menurut seorang penduduk yang pernah bekerja di kawasan tersebut, Mukhatar A Rahman, 61 berkata, suatu ketika dahulu pernah berlaku kejadian kanak-kanak hilang selama seminggu.

Iklan

Menurutnya, kejadian itu berlaku sekitar tahun 1977.

"Dulu-dulu orang tidak berapa berani berjalan seorang diri pada malam hari di kawasan ini.

"Pernah berlaku pada tahun 1977, anak perempuan kepada pemilik kebun kelapa hilang selama seminggu.

"Selepas solat Asar penduduk kampung melaungkan azan beramai-ramai, barulah kanak-kanak itu dijumpai selepas terdengar jeritan dari atas pokok manggis di kawasan itu," katanya.

-