Hutang punca pengawal keselamatan dibunuh, mayat disumbat dalam but kereta

Iklan
Suspek lelaki dibawa polis untuk proses reman di mahkamah sebelum ini.

SABAK BERNAM - Masalah peribadi dan hutang dipercayai motif kes bunuh seorang pengawal keselamatan yang mayatnya ditemukan dalam but sebuah kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama di sini pada 16 September lalu.

Mangsa lelaki warga tempatan berusia 43 tahun itu dijumpai polis dalam Proton Saga BLM yang diparkir di kawasan tersebut.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Robin Guha Thakurta berkata, motif kejadian itu diperoleh menerusi hasil siasatan pihaknya ke atas seorang lelaki yang juga rakan sekerja mangsa.

"Suspek berusia lingkungan 20-an ditahan pada 17 September lalu dan penahanan itu membawa kepada rampasan pelbagai barangan termasuk tiga bilah pisau dipercayai digunakan suspek ketika kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Rubin memberitahu, suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Selangor jam 8.30 pagi Isnin.

Ujar beliau, lelaki itu sebelum ini direman sebanyak dua kali bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemui dalam but kereta jenis Proton Saga BLM yang diparkir di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama pada 16 September lalu

Mayat mangsa itu dijumpai selepas polis menerima maklumat daripada anggota kereta peronda polis pada jam 6.04 petang.