Wartawan Sinar Harian rangkul hadiah utama Anugerah Wartawan Kinabalu 2024

Iklan
Asyikin rangkul hadiah utama menerusi Anugerah Kewartawan (Laporan Berita) Bahasa Melayu pada Anugerah Wartawan Kinabalu 2024 pada Ahad. Foto Sinar Harian

KOTA KINABALU - Wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin merangkul hadiah utama menerusi Anugerah Kewartawan (Laporan Berita) Bahasa Melayu pada Anugerah Wartawan Kinabalu 2024 yang diadakan di sini pada malam Ahad.

Asyikin membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM5,000 menerusi laporan bersiri kedaifan hidup penduduk di kawasan pedalaman di Kampung Saliliran, Pensiangan.

Iklan
Iklan

Hadiah disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang menyempurnakan majlis anugerah itu.

Laporan berkenaan mengambarkan kesukaran penduduk yang terpaksa mengharungi perjalanan selama lebih 10 jam dengan berjalan kaki, menaiki sampan dan kenderaan pacuan empat roda untuk keluar ke Pekan Nabawan.

Iklan

Selain itu, laporan tersebut turut melaporkan keadaan kedaifan Sekolah Kebangsaan (SK) Saliliran dan murid di sekolah tersebut.

Di samping hadiah utama itu, Asyikin turut memenangi hadiah pertama bagi kategori Anugerah Hiburan, Kebudayaan dan Seni yang menawarkan hadiah berjumlah RM1,500.

Iklan

Anugerah ketiga yang dimenangi Asyikin ialah merit bagi kategori Kewartawanan Alam Sekitar yang membawa pulang wang tunai RM500.