Hizbullah sahkan kematian dua pemimpinnya dalam serangan udara Israel

Iklan
Asap mengepul dari runtuhan yang membara ketika orang ramai berkumpul di tempat kejadian serangan udara Israel di kejiranan Haret Hreik di pinggir selatan Beirut. Foto AFP

BEIRUT - Nabil Kauk, Ahli Majlis Pusat Hizbullah dan Ali Karaki, Komander Barisan Selatan pergerakan itu, terbunuh dalam serangan udara Israel di kawasan pinggir bandar selatan Beirut, menurut pergerakan itu pada Ahad, lapor Sputnik.

"Komander Kanan Ali Karaki terbunuh dalam serangan udara Zionis di kawasan kejiranan Haret Hreik di pinggir bandar selatan Beirut (pada 27 September)," kata Hizbullah dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu juga menyatakan Kauk terbunuh di kawasan kejiranan Chiyah yang terletak di pinggir bandar selatan ibu negara Lubnan itu pada 28 September. - Bernama                     

Iklan
Iklan