Pegawai Daesh terbunuh dalam serangan udara Israel di timur Lubnan

Iklan
Bangunan yang musnah selepas serangan udara Israel di pinggir selatan Beirut, Lubnan. Foto Xinhua

BEIRUT - Mohammad Dahrouj, seorang pegawai Daesh terbunuh pada Ahad dalam serangan udara Israel ke atas sebuah pangsapuri di kawasan Joub Jannine, timur Lubnan, menurut sumber tentera Lubnan, lapor Xinhua.

Sumber yang enggan dikenali itu berkata sebuah pesawat perang Israel menyasarkan pangsapuri terbabit dengan dua peluru berpandu luncuran udara-ke-bumi, mengakibatkan kematian Dahrouj.

Iklan
Iklan

Anggota Palang Merah Lubnan telah memindahkan mayatnya ke sebuah hospital di Joub Jannine.

Pertahanan Awam Lubnan juga mengesahkan bahawa seorang individu terbunuh akibat serangan udara Israel di Joub Jannine.

Iklan

"Anggota Pertahanan Awam memadamkan kebakaran yang tercetus akibat serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah pangsapuri di Joub Jannine," menurut kenyataan itu. - Bernama

Iklan