Ringgit naik, harga ayam patut lebih murah

Iklan
Jika hukum ekonomi penawaran dan permintaan hendak dipakai, sampai bila-bila pun harga ayam tidak turun-turun. Foto hiasan

PENGUKUHAN nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat memberi impak besar kepada pengusaha ladang ternakan ayam di negara ini kerana kos pengeluaran telah berkurang sehingga 70 peratus.

Perkara itu disahkan Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Dr Terry Tan, susulan harga import jagung dan kacang soya untuk makanan ternakan jatuh secara drastik iaitu sekitar 60 hingga 70 peratus ketika ini.

Iklan
Iklan

Meskipun begitu kata beliau, turun naik harga ayam di pasaran masih ditentukan oleh hukum ekonomi yang berkaitan penawaran dan permintaan.

Ini bermakna jika bekalan kurang dan permintaan tinggi, harga akan kekal seperti sekarang.

Iklan

Dengan kata lain, harga ayam tidak akan turun serta-merta meskipun pengeluar berpeluang untung besar disebabkan kos operasi makin rendah.

Secara umum, makanan ayam meliputi 70 peratus kos penternakan, kos anak ayam 20 peratus, selebihnya kos buruh, elektrik, pengangkutan dan lain-lain.

Iklan

Memang benar harga ayam telah meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebab paling utama ialah makanan ayam semakin mahal, dan inilah juga alasan yang digunakan penternak sebelum ini untuk menaikkan harga jualan.

Bagaimanapun, kos pengeluaran ayam di ladang telah turun kepada RM6.30 setiap kilogram pada suku kedua 2024 berbanding RM6.35 pada suku pertama.

Menurut DOSM, kos pengeluaran telur juga kekal 38 sen sebiji. Pada masa itu, nilai ringgit masih berlegar sekitar RM4.70 berbanding AS$1.

Dengan ringgit berada pada paras RM4.12 sekarang, kos pengeluaran tentulah telah jatuh dengan ketara.

Namun purata harga terkini ayam hidup di pasaran masih RM9 sekilogram sementara ayam proses standard RM10.

Di Asia Tenggara, rakyat Malaysia paling banyak makan ayam iaitu purata 50.2kg seorang dalam setahun, dikuti Singapura (36kg), Myanmar (29.9kg) dan Filipina (15.9kg), kata Pertubuhan Makanan dan PBB (FAO). Angka itu semakin meningkat setiap tahun.

Maka jika hukum ekonomi penawaran dan permintaan hendak dipakai, sampai bila-bila pun harga ayam tidak turun-turun.

Janganlah ketika hendak menaikkan harga begitu mudah dilakukan tetapi bermacam-macam alasan diberikan jika diminta turunkan harga.