Urus jenazah biar ada ilmu

Iklan
Foto: Facebook Paknjang Maknjang

SHAH ALAM - Dalam Islam, mengurus jenazah memerlukan ilmu khusus agar pengurusan dilakukan sesuai dengan syariat dan etika yang menekankan penghormatan terhadap si mati.

Seorang lelaki dikenali Pak Anjang berkata, dalam urusan memandikan jenazah, aurat si mati perlulah ditutup.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dia terpaksa mengundur diri dalam satu urusan pengurusan jenazah kerana melihat individu bertindak kasar dan kurang sopan ketika memandikan si mati.

"Mula tugasan dengan penyediaan kain, dipotong, dibentang, disiapkan sebelum ke tugasan mandi, sudah siap sediakan kain, Pak Anjang terus ke ruangan mandi dan lihat jenazah telah mula dimandikan.

Iklan

"Pak Anjang tanyakan waris, katanya kawan mandikan, Pak Anjang hanya diam terpaku menjadi penonton memenuhi ruang mandi," katanya menerusi perkongsian di Facebook baru-baru ini.

Ujar Pak Anjang, sambil melihat individu tersebut memandikan jenazah, dengan tiba-tiba kain yang menutupi jasad si mati ditarik.

Iklan

Jelasnya, sekujur badan telah menjadi tontonan ramai wanita dan lelaki yang hadir menziarahi.

"Kemudian kemaluan jenazah digosok dan dikorek seperti patung dibuatnya dengan penuh tenaga sehingga bergoyang.

"Lalu Pak Anjang berkata dalam hati, keadaan ini macam lain, tak boleh dibiarkan," katanya.

Menurut Pak Anjang, dia mengambil keputusan untuk menegur individu berkenaan dengan menyatakan aurat jenazah tidak boleh dibuka.

Ujarnya, bagaimanapun individu itu tidak mempedulikan teguran yang diberikan.

"Tukang mandi tersebut hanya menjawab tidak perlu gunakan kain, senang nak mandikan dalam keadaan seperti marah apabila diganggu kerjanya.

"Pak Anjang panggil waris dan minta maaf terpaksa undur diri. Pak Anjang ambil barang mandi dan balik kerana tidak mahu jadi saksi perbuatan haram pada jenazah," katanya.

Ujar Pak Anjang lagi, ia menjadi masalah apabila seseorang itu memandai-mandai, tiada menuntut ilmu dan tidak terima teguran orang lain.

"Maaflah, bukan suka-suka marah tapi benda salah tetap salah. Kalau Pak Anjang salah, minta maaf. Sama-sama belajar, sama-sama beramal dan dapat pahala," katanya.