Persidangan rasuah platform utama bongkar kegiatan keji

Iklan
Persidangan Penyelidikan Governans, Intergriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan kali ke-3 yang bertemakan 'Mendepani Ancaman Rasuah: Pembanterasan Secara Kolektif'. Foto Bernama

SHAH ALAM - Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Anti Rasuah sepatutnya dijadikan platform utama membongkarkan kegiatan rasuah dalam kalangan penjawat awam sehingga ke akar umbi.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Rasuah Busters Kedah, Abdul Wahab Yahya berkata, ia sepatutnya menjadi penanda aras untuk golongan itu membanteras aktiviti tidak bermoral terbabit.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia juga bertujuan untuk mendidik kakitangan kerajaan berkaitan kesan tindakan keji itu kepada negara dalam jangka masa yang panjang.

Abdul Wahab

"Ia adalah satu langkah ke hadapan dan serius untuk memerangi gejala ini. Jadi, ia wajar dan patut dilaksanakan.

Iklan

"Mungkin ada juga yang beranggapan kerajaan cuma retorik dan cubaan menghukum musuh politiknya dengan memperalatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

SPRM melalui Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN) menganjurkan Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Anti Rasuah pada 26 hingga 27 September di Hotel Tenera Bangi, Selangor.

Iklan

Bertemakan Mendepani Ancaman Rasuah: Pembanterasan Secara Kolektif, persidangan itu dilihat menjadi platform terbaik kepada perancang dasar dan pemain industri dalam menilai, merancang serta mengambil tindakan bersesuaian dalam membina negara mantap tatakelola dan bebas rasuah.

Abdul Wahab menjelaskan bahawa kegiatan berkenaan merupakan perbuatan mengkhianati negara dan rakyatnya.

Tegasnya, ia adalah penyakit barah pada badan dan mudah merebak menyebabkan satu badan lumpuh.

"Sebuah negara akan musnah jika rasuah tidak ditangani dan pelaku dihukum sebagai langkah pencegahan berterusan.

"Dari aspek agama pemberi dan penerima rasuah merupakan salah laku, jadi berdosa serta haram hukumnya,” ujarnya.