Tiga gol Tottenham tumbangkan United di Old Trafford

Iklan
Johnson. Foto Agensi

GERGASI Liga Perdana Inggeris, Manchester United yang tampil dengan 10 pemain mencatatkan kekalahan ketiga liga apabila diaibkan kelab London, Tottenham Hotspur, 0-3 dalam perlawanan di Stadium Old Trafford.

Gol yang dihasilkan pemain The Lilywhites, Brennan Johnson (m-3), Dejan Kulusevski (m-47) dan Dominic Solanke (m-77) membolehkan anak buah Ange Postecoglou membawa keluar tiga mata dari laman keramat Manchester United yang kehilangan Bruno Fernandes minit ke-42 selepas dilayangkan kad merah.

Iklan
Iklan

Kemenangan itu menyaksikan Spurs bimbingan Postecoglou naik ke tangga kelapan liga dengan 10 mata selepas enam perlawanan.

Sementara itu, United kendalian Erik ten Hag yang kehilangan Fernández berikutan kekasaran terhadap James Maddison berada di tangga ke-12 dengan tujuh mata, sekali gus menimbulkan persoalan masa depan pengendali dari Belanda itu.

Iklan

"Satu persembahan yang cemerlang. Kami memulakan permainan dengan baik, menjaringkan gol hebat dan mungkin sepatutnya boleh menambah dua atau tiga lagi.

"Namun tekanan mengatasi mereka diikuti layangan kad merah. Selepas itu saya fikir kami mengawal permainan dengan baik. Tiga mata ini usaha cemerlang daripada semua pemain," kata Postecoglou.

Iklan

Sementara itu, Johnson berkata:"11 lawan 11, atau 11 lawan 10, kami menguasai permainan sepenuhnya.

"Kami mempunyai pelan permainan yang jelas dan kami melakukan apa yang kami mahu lakukan."