‘Napoli perlu berpeluh setiap perlawanan untuk berkembang’

Iklan
Antonio Conte

NAPOLI perlu terus bekerja keras untuk maju, kata pengendali Antonio Conte selepas kemenangan 2-0 ke atas Monza di Stadium Diego Armando Maradona, pada Isnin meletakkan kelab Itali itu di puncak Serie A kali pertama sejak merangkul kejuaraan dua musim lalu.

The Little Donkeys beraksi jauh di bawah jangkaan lalu apabila menduduki tempat ke-10 menyaksikan terlepas saingan Eropah.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, mereka nampaknya perlahan-lahan memulihkan semangat di bawah kendalian Conte apabila memimpin liga dengan 13 mata selepas enam perlawanan.

"Setelah berkata demikian, kami terus berusaha, kami melakukannya untuk merealisasikan impian penyokong-penyokong tetapi realitinya kami terlalu jauh untuk tampil lebih digeruni.

Iklan

"Sebaliknya, kami perlu berpeluh setiap perlawanan, seperti yang kami lakukan hari ini sebelum berkembang,” kata Conte.

Napoli sebelum ini mengharungi kempen 2023/24 penuh gelora, melalui tiga pengurus selepas pengendali Luciano Spalletti mengambil tugas bersama pasukan Itali.

Iklan

Conte telah diserahkan tanggungjawab untuk menghidupkan semula Napoli membawa kelab itu kembali ke puncak selepas musim yang suram.

"Tidak sampai tiga bulan berlalu, presiden (Aurelio De Laurentiis) adalah orang pertama yang bercakap mengenai pembinaan semula menyeluruh. (Victor) Osimhen dan (Piotr) Zielinski pergi.

"Saya tahu ada harapan yang tinggi kerana saya telah melakukan perkara penting. Biarkan penyokong-penyokong terus bermimpi, tetapi saya masih berpijak di bumi nyata,” tambah Conte.