Tiga maut dalam nahas helikopter di timur Sepanyol

Iklan
Tiga individu maut pada Ahad apabila helikopter yang dinaiki mereka berlanggar dengan talian elektrik berhampiran sebuah bandar di timur Sepanyol.

MADRID - Tiga individu maut pada Ahad apabila helikopter yang dinaiki mereka berlanggar dengan talian elektrik berhampiran sebuah bandar di timur Sepanyol, lapor Xinhua.

Nahas berlaku kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan (0800 GMT) di kawasan berbukit berhampiran bandar Pucol ketika ketiga-tiga mangsa sedang melakukan pemeriksaan kabel elektrik.

Iklan
Iklan

Menurut laporan, atas sebab-sebab yang belum diketahui, helikopter itu melanggar talian voltan tinggi dan terhempas di kawasan lapang berhampiran mengorbankan semua penumpang.

Perkhidmatan kecemasan di wilayah itu berkata mereka telah menghantar sebuah helikopter yang membawa anggota kumpulan penyelamat gunung khas, tiga jentera bomba serta ambulans ke lokasi kejadian.

Iklan

Perkhidmatan perubatan mengesahkan kematian tiga mangsa di lokasi nahas. - bernama/Xinhua

Iklan