[VIDEO] Belanjawan 2025: Henti subsidi pendidikan untuk golongan kaya

Iklan

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri memberi bayangan kerajaan akan menghentikan pemberian subsidi dalam sektor pendidikan kepada golongan mahakaya.

Anwar ketika berucap merasmikan Simposium Kebangsaaan: Menokhtahkan Kemiskinan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Isnin. Foto Bernama

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, perkara itu antara menjadi keutamaan dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober depan.

Iklan
Iklan

"Anak- anak golongan kaya ke sekolah menengah sains yang dibantu dengan subsidi tinggi kerajaan, harus dihentikan.

"Ini saya beri hebahan awal sebelum umum belanjawan bulan depan. Jika negara benar- benar mahu adil harus diberikan termasuk kepada golongan rentan," katanya ketika berucap di Simposium Kebangsaan 2024: Menokhtahkan Kemiskinan di sini, pada Isnin.

Iklan

Menurutnya, adalah tidak adil dan munasabah sekiranya subsidi pendidikan yang sepatutnya dimanfaatkan oleh rakyat miskin turut dinikmati anak golongan elit.

"Pegawai kanan awam, pimpinan politik, usahawan terkenal semuanya hantar anak ke sekolah terbaik dibiayai oleh kerajaan dengan tinggi.

Iklan

"Jadi dengan cara itu, kita boleh menampung kekurangan, jika tidak, subsidi ini berterusan (dinikmati golongan kaya).

"Hasil ini akan digunakan untuk membantu tambahan kepada rakyat yang miskin," jelas Anwar.

Kerajaan sebelum ini mengambil langkah menghentikan pemberian subsidi elektrik dan haji kepada golongan T20.

Selain itu, pengapungan harga ayam dan penyasaran subisi diesel turut dilaksanakan dalam usaha kerajaan mengurangkan ketirisan subdisi.

Dalam pada itu, Anwar berkata, pengagihan dana perlu dilaksanakan secara adil terutama di kawasan yang terpencil dengan kadar kemiskinan tertinggi.

"Semalam saya ke Kapit, Sarawak. Sekolah menengah di Kapit antara daerah yang terpencil dan tertinggi kadar kemiskinan, pemberian dana mungkin tidak setimpal tetapi sekurang-kurangnya harus ada usaha berterusan bagi meningkatkan kemudahan, keupayaan serta mutu.

"Esok saya ke Kelantan untuk tengok program kampung tetapi subsidi besar kepada golongan kaya tidak dihebohkan.

"Dari segi industri ia disebut insentif, untuk orang miskin subsidi, untuk penyakau ratusan juta dikatakan komisen, untuk koperal dikatakan rasuah.

"Jadi kita harus fikir hal- hal yang sedemikian," katanya.