Taman Angkat bantu polis cegah jenayah

Iklan
Ravindar Singh beramah mesra dengan petugas media yang menerima sijil penghargaan semasa Perhimpunan Bulanan IPD Cheras pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan program Taman Angkat dengan kerjasama rakan kolaborasi dan masyarakat banyak membantu polis dalam mengekang jenayah.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata, di daerah ini ada tujuh Taman Angkat.

Iklan
Iklan

Katanya, lokasi itu membabitkan Perumahan Awam Seri Sabah 3B, Perumahan Awam Seri Pulau Pinang, Taman Midah, Taman Miharja Fasa1, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Salak Selatan, PPR Raya Permai dan PPR Pinggiran.

"Masyarakat atau penduduk di Taman Angkat ini telah dilatih bagaimana hendak salur maklumat dan pencegahan jenayah.

Iklan

Dalam majlis itu, seramai 20 petugas media menerima sijil penghargaan daripada Ravindar Singh.

Mengulas lanjut, beliau berkata, positifnya pelaksanaan program ini membolehkan polis menerima banyak maklumat berhubung kes jenayah yang menyumbang kepada kejayaan tangkapan suspek.

Iklan

Tambahnya, masyarakat merupakan mata dan telinga kepada pihak polis.

"Kalau kita harapkan polis untuk kawal seluruh pelosok, itu agak sukar kerana banyak pintu keluar masuk, dengan adanya kerjasama masyarakat, mereka jadi mata dan telinga polis," ujarnya.

Kata beliau lagi, indeks jenayah di Cheras adalah terkawal.