Himpunan Tolak Insinerator diteruskan

Iklan
Abdul Hanan (tiga dari kiri, duduk) pada sidang akhbar berkaitan Himpunan Tolak Insinerator.

RAWANG - Jaringan Rawang Tolak Insinerator (RTI) akan tetap meneruskan Himpunan Tolak Insinerator di hadapan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada Selasa.

Jurucakap RTI, Abdul Hanan Abd Mokti berkata, pihaknya memberi jaminan penyerahan memorandum bantahan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu akan dijalankan secara aman.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihaknya akan memberikan kerjasama baik kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) memastikan himpunan tersebut berjalan lancar.

"Kami tidak berniat mewujudkan konflik sebaliknya demi masa depan kami.

Iklan
Laporan Sinar Harian

RTI sebelum ini menuntut projek insinerator di Batu Arang tidak diteruskan kerana didakwa terletak berhampiran kawasan perumahan penduduk.

Projek itu didakwa bakal menampung sisa pepejal dari enam PBT dan boleh menjejaskan kehidupan penduduk setempat termasuk perumahan di Bandar Tasik Puteri, Kota Puteri dan Batu Arang sendiri.

Iklan

RTI sebelum ini telah dinasihatkan PDRM untuk tidak meneruskan himpunan tersebut atas keselamatan dan ketenteraman awam.

Abdul Hanan bagaimanapun berkata, pihaknya mengikut prosedur dalam membantah projek insinerator itu dan termasuk undang-undang melibatkan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ujarnya, pemakluman kepada PDRM telah dibuat pada 13 September lalu iaitu dua minggu sebelum himpunan dibuat.

Tambahnya, polis tiada hak untuk menghalang himpunan itu jika setiap undang-undang dipatuhi.