Pemuda maut digilis treler

Iklan
Muhammad Danial maut di lokasi kejadian selepas digilis treler di persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Katil di sini, hari ini.

MELAKA TENGAH - Seorang pembantu kedai makan maut selepas digilis sebuah treler di persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Katil di sini, hari ini.

Muhammad Danial Ismail, 20, dari Taman Bukit Katil Damai meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu treler berusia 44 tahun tidak mengalami kecederaan dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, hari ini.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, berkata, berdasarkan siasatan awal motosikal mangsa yang berada di laluan sama telah bergesel dengan kenderaan berat itu ketika lampu isyarat bertukar warna hijau.

Menurutnya, akibat geselan itu mangsa terjatuh ke bawah treler sebelum digilis kenderaan berat itu hingga menyebabkan kepala mangsa pecah.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati treler berkenaan memulakan perjalanan selepas lampu bertukar hijau dari arah Jalan Tun Hamzah. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) (A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menyebabkan kematian," katanya.