Mekanik putus pergelangan tangan, kenderaan terbabas

Iklan
Mangsa menahan kesakitan akibat kecederaan di pergelangan tangan kanan.

JASIN - Seorang mekanik putus pergelangan tangan kanan selepas kenderaan dipandunya terbabas dan terbalik di Jalan Bemban-Gapam di sini, pada petang Ahad.

Kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu menyebabkan lelaki berusia 51 tahun itu dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, ketika kejadian mangsa yang beralamat di Taman Serkam Maju memandu kenderaan 4×4 jenis Mitsubishi Triton dipercayai dari arah pekan Bemban menuju ke Gapam.

Kenderaan 4×4 jenis Mitsubishi Triton yang terbabas dan terbalik di di Jalan Bemban-Gapam, di sini, pada petang Ahad.

Menurutnya, setiba di satu selekoh, kenderaan mangsa dipercayai terbabas ke tengah jalan dan melanggar tiang lampu sebelum terbalik di tengah pembahagi jalan.

Iklan

"Akibatnya, mangsa putus pergelangan tangan kanan.

"Ketika kejadian, cuaca baru selepas hujan di laluan yang sedikit berselekoh,” katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Iklan

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.