Ideologi keganasan: Ibu suspek serang Balai Polis Ulu Tiram mengaku tak bersalah

Iklan
Ibu kepada suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas satu pertuduhan berkaitan ideologi keganasan.

KUALA LUMPUR - Ibu kepada suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram hingga mengorbankan dua anggota polis, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, atas satu pertuduhan berkaitan ideologi keganasan, sejak tujuh tahun lalu.

Rosna Jantan, 59, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Datuk Noorin Badaruddin.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat berkaitan ideologi keganasan di sebuah rumah di Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru, antara April 2017 hingga 17 Mei lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Iklan

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Yazid Mustaqim Roslan berkata, semasa tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, dia diwakili seorang peguam, Faizal Rahman.

Bagaimanapun, beliau berkata, pendakwaan dimaklumkan bahawa peguam berkenaan tidak dapat hadir kerana tidak menerima notis.

Iklan

"Sebelum ini, tertuduh didakwa bersama beberapa individu lain dan kes mereka telah ditetapkan untuk sebutan di Mahkamah Tinggi di sini di hadapan Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid pada 23 Oktober depan.

"Susulan itu, kami mohon mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes yang lebih panjang, malah kami berhasrat untuk memindahkan semua kes ke mahkamah ini,” katanya yang kemudian menetapkan 12 November depan untuk pengurusan kes.

Pada 19 Jun lepas, Rosna yang merupakan warga Singapura, suami dan tiga anak didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan berkaitan keganasan.