KATHMANDU - Jumlah kematian akibat banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan berterusan di Nepal, meningkat lagi kepada 192 orang menjelang pagi Isnin, lapor Xinhua.
Bencana dahsyat itu telah menyebabkan 30 orang hilang dan 194 yang lain cedera, kata Rishiram Tiwari, jurucakap kementerian dalam negeri.