'Belum dapat inspirasi bila bubar DUN' - Hajiji

Iklan
Hajiji bersama barisan pemenang yang terdiri daripada pengamal media Sabah pada majlis KPA 2024 di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor memberi jaminan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan seterusnya mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah jika sudah bersedia.

Dalam ucapannya ketika menyempurnakan majlis Kinabalu Press Awards (KPA) 2024, Hajiji dalam nada berseloroh mengatakan beliau masih belum mendapat inspirasi bila DUN Sabah akan dibubarkan.

Iklan
Iklan

"Saya belum mendapat inspirasi bila untuk bubar DUN.

"Kalau sudah dapat inspirasi, saya akan panggil media untuk saya umumkan bila pilihan raya akan diadakan," katanya pada malam Ahad.

Iklan

Majlis itu turut dihadiri, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai dan Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) Datuk Muguntan Vanar.

Berucap mengenai penganjuran KPA itu, Hajiji memberi jaminan akan terus menyokong penganjuran tahunan itu untuk mengalakkan bakat baharu dalam bidang kewartawanan.

Iklan

Beliau juga berkata, kerajaan negeri komited untuk memastikan persekitaran media yang adil dan saksama di Sabah.

"Kami mahu memastikan semua suara didengari dan semua pandangan dihormati. Menghormati dan melindungi kebebasan akhbar adalah penting untuk kemajuan sosial dan pembangunan demokrasi.

"Kerajaan negeri bertegas dalam hal ini. Justeru, kami akan terus menyokong penganjuran secara tahunan KPA untuk mempromosikan kecemerlangan kewartawanan dan menggalakkan bakat baharu," katanya.

Sementara itu, Mugutan dalam ucapannya berkata, SJA sedang meneliti jika KPA boleh diadakan sekitar bulan Jun 2025 namun bergantung kepada PRN17 yang bakal diadakan pada tahun yang sama.

"Kami akan melihat sekitar bulan Jun untuk penganjuran KPA 2025, tetapi kami akan melihat keadaan memandangkan PRN17 mungkin akan diadakan pada bila-bila masa bagi tempoh 12 bulan akan datang.

"Mungkin Datuk Seri Hajiji boleh membisikkan kepada kita mengenai tarikh terbaik untuk mengadakan KPA 2025," katanya.