Mangsa serangan gajah di Mersing sudah sedar

Iklan
Laporan Sinar Harian

JOHOR BAHRU - Mangsa serangan gajah liar di kawasan belukar belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Tenggaroh 5, Mersing yang cedera parah dan ditidurkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), dilaporkan sudah sedarkan diri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, lelaki berusia 51 tahun masih menerima rawatan di hospital terbabit.

Iklan
Iklan

"Mangsa sebelum ini ditidurkan oleh doktor bagi tujuan untuk menguatkan tubuh pesakit.

"Mengikut maklumat diperoleh pada hari ini dia sudah sedar, cuma dia masih lemah memandangkan banyak kecederaan dialami," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Iklan

Sebelum ini, mangsa yang merupakan pekerja pembersihan kontrak dilaporkan cedera parah akibat diserang gajah di kawasan belukar di belakang SK Tenggaroh 5, pada Khamis dan terpaksa ditidurkan.

Mangsa disahkan mengalami pendarahan dalam kepala, satu ruas tulang rusuk patah dan patah tulang pinggul.

Iklan

Seorang lagi mangsa, Mohamad Syafik Yakob, 31, disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Tenggaroh 2 selepas mengalami kecederaan di bahagian leher kiri dan dada kiri.

Kedua-dua mangsa merupakan pekerja kontrak pembersihan sekolah didapati bertindak menghalau seekor gajah liar dari mendekati kawasan sekolah sebelum diserang gajah.