Warga emas berputih mata RM141,000 lesap sekelip mata

Iklan
Seorang lelaki warga emas berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM141,000 lesap selepas menjadi mangsa penipuan panggilan telefon, Khamis lalu. Gambar hiasan

KLUANG - Seorang lelaki warga emas berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM141,000 lesap selepas menjadi mangsa penipuan panggilan telefon, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi itu pada 29 Ogos lalu telah dihubungi nombor tidak dikenali dan suspek mendakwa mangsa terlibat dengan 16 kes jenayah.

Iklan
Iklan

Katanya, suspek kemudiannya turut mengarahkan mangsa untuk membuka satu akaun bank menggunakan nombor telefon yang diberikan dan seterusnya memindahkan kesemua wang yang dimiliki mangsa ke akaun tersebut.

"Khamis lalu (26 September), mangsa telah pergi ke bank bagi membuat semakan, namun mendapati tiada lagi wang dalam akaun bank tersebut.

Iklan

"Mangsa kemudiannya cuba menghubungi suspek bagi mendapatkan penjelasan, namun tidak berjaya.

"Mangsa yang mengesyaki dirinya telah ditipu telah membuat laporan polis,” katanya.

Iklan

Susulan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan ke atas laporan tersebut.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum sehingga 10 tahun penjara dan sebatan atau denda.

Polis menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati terutamanya apabila menerima panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali.

Buat semakan terlebih dahulu dan sentiasa mengikuti laman sosial Polis DiRaja Malaysia (PDRM) seperti Facebook, Instagram dan TikTok bagi membuka minda dan pengetahuan tentang modus operandi terbaharu jenayah komersial, khasnya.