Produk arang kayu bakau

Iklan
Antara produk arang kayu bakau yang dijual di sini ketika tinjauan di kilang arang di Kuala Sepetang baru-baru ini.

Kuala Sepetang atau dahulunya Port Weld yang terletak kira-kira 16 kilometer dari bandar Taiping, juga merupakan pengeluar arang kayu bakau tertua di negara ini.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Beroperasi sejak 1930, industri di muara sungai yang menghadap Selat Melaka ini tidak banyak berubah. Terdapat 120 syarikat beroperasi dengan sebahagian besarnya adalah milik keluarga dan kini rata-rata diuruskan oleh generasi ketiga.

Kilang-kilang terbabit yang lebih kepada bangsal dengan sebahagiannya berdindingkan papan usang kehitaman berserta kepulan asap yang keluar dari relau - dipanggil dapur atau gok - dan longgokan kayu bakau, memberikan kawasan itu suasana klasik, sepadan usia perusahaan yang hampir 100 tahun.