'Profesor Dr Ahmad Atory sarjana tersohor'

Iklan
Sivamurugan

SHAH ALAM - Bekas Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ahmad Atory Hussain disifatkan sebagai seorang sarjana tersohor dalam bidang Sains Politik dan Pentadbiran Awam.

Penganalisis politik dari USM, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata, Ahmad Atory merupakan pemeriksa luar untuk tesis Ijazah Doktor Falsafah (PhD) beliau sewaktu mengikuti pengajian dalam bidang tersebut.

Iklan
Iklan
Sivamurugan

"Waktu itu saya menyambung Kedoktoran Falsafah di Universiti Malaya (UM) di bawah seliaan Allahyarham Profesor Dr Hussain Mohammad.

"Semoga roh Allahyarham Profesor Dr Atory Hussain dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi ALLAH SWT,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Isnin.

Iklan

Allahyarham Ahmad Atory Hussain dilaporkan meninggal dunia pada jam 6.37 pagi Isnin.

Berita mengenai pemergian Allahyarham Ahmad Atory dikongsikan anak Allahyarham, Nurul Ainun menerusi hantaran di Facebook.

Iklan

Allahyarham Ahmad Atory, 73, yang merupakan penganalisis politik terkenal di negara ini telah berkhidmat di USM sebagai pensyarah selama tujuh tahun, iaitu dari 2008 hingga 2015.