Ajak peminat hafal surah Al-Mulk, Nora Danish dipuji

Iklan
Perkongsian Nora menerima maklum balas positif.

AJAKAN aktres Nora Danish untuk sama-sama menghafal surah al-Mulk mendapat pujian daripada peminatnya.

Mengakui masih dalam proses pembelajaran, pemilik nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif, 42, itu berkata, setakat ini dia baharu sahaja menghafal ayat satu sehingga lima.

Iklan
Iklan

"Saya sekarang sebenarnya dalam percubaan untuk menghafal surah al-Mulk.

"Saya harap dengan perkongsian video ini, membuka ramai hati orang di luar sana untuk sama-sama menghafal surah ini dengan saya.

Iklan

"Saya baru sahaja hafal ayat 1 hingga 5, jom kita lumba nak sama-sama? Jom dengar saya membaca, tolong semakkan,” katanya menerusi sebuah hantaran video yang dimuat semula peminatnya di TikTok.

Rata-rata memuji usaha Nora menghafal surah berkenaan dan tidak kurang juga yang berkongsi tips agar lebih mudah untuk mengingati surah al-Mulk.

Iklan

Dalam hantaran di akaun Instagramnya, Nora berharap perkongsian yang dibuat itu menjadi manfaat kepada orang lain yang melihat.

"Semua ini aturan ALLAH, dengan kehendakNYA, dan diberi semangat oleh hambanya.

"Tidak besar mana pun nak beza dengan yang lain. Baru hendak bermula, harapan agar menjadi manfaat kepada yang melihat," ujarnya.