Perhimpunan solidariti: Polis buka kertas siasatan

Iklan
Mohamad Lazim

KUALA LUMPUR - Polis membuka satu kertas siasatan berhubung perhimpunan solidariti tidak mematuhi peruntukan undang-undang yang diadakan di pintu belakang Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Taman U-Thant dekat sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Wang Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, seramai tujuh orang menyatakan sokongan ke atas Palestin dan mengecam tindakan Israel dalam himpunan itu pada jam 8.10 pagi.

Iklan
Iklan

"Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohamad Lazim berkata, proses dokumentasi ke atas semua peserta perhimpunan telah dibuat untuk siasatan selanjutnya.

Iklan
Iklan

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang, tindakan akan diambil kepada mana-mana pihak yang terlibat," tegasnya.