Guru MRSM dicadang makan tengah hari bersama pelajar

Iklan
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

SHAH ALAM - Tenaga pengajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dicadang untuk makan tengah hari bersama pelajar di dewan selera sekolah itu.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah tersebut akan dilakukan bagi memantau kualiti makanan di dewan makan sekolah berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, peruntukan untuk pelaksanaan perkara terbabit akan disediakan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

"Saya akan cadangkan polisi baharu agar guru-guru makan tengah hari bersama pelajar di dewan selera MRSM.

Iklan

"Selain dapat bersama anak-anak pelajar, boleh juga pantau kualiti makanan. Mara sediakan peruntukan tambahan," katanya menerusi Facebook pada Isnin.

Sebelum ini, satu pemeriksaan mengejut dilakukan di MRSM Mersing, Johor bagi mengenal pasti sekiranya terdapat masalah yang dihadapi pelajar di sana.

Iklan

Asyraf Wajdi berkata, beliau hanya memaklumkan kepada pengetua sejam sebelum tiba di sekolah berkenaan.

Katanya, secara umumnya beliau berpuas hati dengan tahap kebersihan dan penyediaan makanan di sekolah tersebut.