100,000 larikan diri dari Lubnan ke Syria akibat serangan Israel

Iklan
Kerosakan di tapak serangan Israel semalaman di pinggir selatan Beirut di Ghobeiry. Foto AFP

LONDON - Kira-kira 100,000 warga Syria dan Lubnan telah melarikan diri dari Lubnan ke Syria di tengah-tengah serangan Israel yang berterusan, kata pesuruhjaya tinggi PBB bagi pelarian pada Isnin.

"Jumlah orang yang telah menyeberang ke Syria dari Lubnan bagi melarikan diri daripada serangan udara Israel - warga Lubnan dan Syria - telah mencecah 100,000. Aliran keluar masih berterusan," tulis Filippo Grandi di X.

Iklan
Iklan

"UNHCR (Agensi Pelarian PBB) hadir di empat titik persimpangan bersama pihak berkuasa tempatan dan @SYRedCrescent untuk menyokong ketibaan baharu," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Grandi.

Sejak 23 September, Israel telah melancarkan serangan udara besar-besaran terhadap apa yang dikatakannya sebagai sasaran Hizbullah di seluruh Lubnan, membunuh lebih 900 orang dan mencederakan lebih 2,700 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan.

Iklan

Beberapa komander Hizbullah terbunuh dalam serangan itu, termasuk pemimpinnya Hassan Nasrallah yang dibunuh dalam serangan udara di Beirut pada Jumaat.

Hizbullah dan Israel telah terlibat dalam serangan rentas sempadan sejak bermulanya pencerobohan Israel di Gaza, yang telah mengorbankan hampir 41,600 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Iklan

Masyarakat antarabangsa telah memberi amaran bahawa serangan Israel di Lubnan boleh meningkatkan konflik Gaza kepada perang serantau yang lebih luas. - Bernama