Pelakon veteran Mithun Chakraborty terima anugerah filem tertinggi India

Iklan
Mithun Chakraborty - Foto: Agensi

NEW DELHI - Kerajaan India pada Isnin memberi anugerah tertinggi industri filem Bollywood, Anugerah Dadasaheb Phalke, kepada pelakon veteran Mithun Chakraborty, 74, lapor Xinhua.

Pelakon yang juga ahli politik itu pernah menjadi ahli Rajya Sabha (Dewan Negara) di Parlimen India. Beliau kini merupakan ahli parti pemerintah utama negara, Bharatiya Janata Party (BJP).

Iklan
Iklan

Chakraborty membuat debut lakonannya pada pertengahan 1970-an dan menyumbang secara besar-besaran kepada industri filem negara itu selama lebih empat dekad dengan berlakon dalam lebih 350 filem dalam pelbagai bahasa.

Beliau meraih populariti pada 1982 selepas berlakon dalam filem Disco Dancer. Gerakan tariannya yang unik menjadikan beliau dikenali ramai di negara itu.

Iklan

Pelakon itu akan menerima anugerah berkenaan pada majlis Anugerah Filem Kebangsaan ke-70 di New Delhi minggu depan. - Bernama

Iklan