Penyanyi Khadijah Ibrahim terlibat kemalangan di Beaufort

Iklan
Mangsa dalam perjalanan dari Brunei Darussalam menuju ke Kota Kinabalu, bagaimana kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan Toyota Avanza. Foto kecil: Khadijah Ibrahim

BEAUFORT - Penyanyi legenda, Datuk Khadijah Ibrahim terlibat dalam kemalangan selepas pacuan empat roda yang dinaikinya bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Kinamas, di sini pada petang Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu, penyanyi veteran tersebut bersama dua lagi mangsa lain dalam pacuan empat roda jenis Toyota Hilux serta dua lagi mangsa dalam MPV jenis Toyota Avanza mengalami kecederaan.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.29 petang.

Katanya, seramai 10 anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh lima kilometer dari BBP Beaufort.

Iklan
Nahas yang berlaku di Jalan Kinamas, Beaufort pada petang Isnin.

"Difahamkan, mangsa dalam perjalanan dari Brunei Darussalam menuju ke Kota Kinabalu, bagaimana kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan Toyota Avanza.

"Terdapat lima mangsa namun kesemuanya berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan pasukan bomba tiba di lokasi," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Iklan

Katanya lagi, kesemua mangsa telah di hantar ke Hospital Beaufort oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Tindakan pasukan bomba hanya mengambil maklumat dan memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian," katanya.