Tindakan suspek buang ayah dalam sungai sangat kejam! - Anak Sabari

Iklan
Muhammad Amir Hakimi di lokasi pencarian ayahnya yang dibunuh sebelum dicampak ke dalam Sungai Padang Terap di Jitra hari ini. Foto Bernama

JITRA - Tindakan suspek yang mencampak bekas pegawai kewangan sebuah agensi kerajaan, Sabari Baharom, 62, ke dalam sungai dengan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat disifatkan sangat kejam oleh anak mangsa.

Muhammad Amir Hakimi Sabari, 25, bagaikan hilang kata-kata apabila dimaklumkan polis tentang kejadian yang menimpa bapanya itu.

Iklan
Iklan
Muhammad Amir Hakimi bagaikan hilang kata-kata apabila dimaklumkan polis tentang kejadian yang menimpa bapanya itu. Foto Bernama

Dakwa anak bongsu mangsa itu, suspek tersebut dipercayai kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembinaan sebuah rumah yang terletak berhampiran rumah bapanya di Baling.

"Tindakan suspek terhadap ayah sangat kejam dan keterlaluan sehingga sanggup dia buang ayah dalam sungai.

Iklan
Operasi pencarian dilakukan di lokasi di mana mangsa dipercayai dicampak ke dalam sungai.

"Saya difahamkan ayah juga melayan suspek dengan baik," katanya yang turut turun ke lokasi pencarian bapanya di Sungai Padang Terap di Wang Tepus, di sini pada Isnin.

Jelas Muhammad Amir Hakimi, mereka sekeluarga mengharapkan agar jasad bapanya ditemui secepat mungkin.

Iklan

"Saya dan dua kakak juga akan melakukan solat hajat sekali lagi dan berdoa agar jasad ayah ditemui dengan segera," ujarnya.

Anak bongsu mangsa, Muhammad Amir Hakimi turut turun ke lokasi pencarian bapanya di Sungai Padang Terap di Wang Tepus, di sini pada Isnin.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan misteri kehilangan Sabari di Baling akhirnya terungkai selepas polis menahan dua lelaki tempatan yang disyaki membunuh mangsa.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, hasil soal siasat suspek, Sabari dikatakan dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat.

Muhammad Amir Hakimi turut turun ke lokasi pencarian bapanya di Sungai Padang Terap di Wang Tepus, di sini pada Isnin. Foto Bernama

Menurutnya, kedua-dua suspek berusia 26 dan 38 tahun itu ditahan pada Jumaat lalu, mengaku melakukan perbuatan berkenaan.