Kawal selia pemulihan projek sakit
Iklan
PENULIS merujuk kepada kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming baru-baru ini berhubung penubuhan tabung jaminan kerajaan khas RM1 bilion oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan cadangan pindaan ke atas Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) yang akan dibentangkan di Parlimen pada tahun depan.
Dana itu yang ditubuhkan untuk membantu memulihkan projek perumahan yang sakit dan terbengkalai serta memberikan kelegaan kepada pembeli, merupakan suatu langkah yang amat penting dalam menangani krisis perumahan sakit dan terbengkalai.