SK Seksyen 20 cari penawar duka di Subang Jaya

Iklan

[DIKEMAS KINI] SEKOLAH Kebangsaan (SK) Seksyen 20 mengintai trofi Sumbangsih sebagai sasaran pertama apabila menyingkap tirai Kejuaraan Piala Raja Muda Selangor berdepan SK Seri Selangor di Stadium Mini KPM SMK USJ 23, Subang Jaya, pada Selasa.

Penolong pengendali SK Seksyen 20, Nik Juhaidi Tarmizi Juhari berkata, pemain-pemain pasukan dari Shah Alam itu sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk berdepan lawan dari Subang Jaya berkenaan.

Iklan
Iklan

Namun pada masa sama Nik Juhaidi menegaskan pemain-pemainnya diingatkan untuk lebih berwaspada muslihat taktikal pasukan lawan.

"Pasukan SK Seri Selangor merupakan antara pasukan bola sepak yang digeruni dalam daerah Petaling Perdana.

Iklan

"Biarpun begitu keazaman kita adalah tinggi iaitu untuk menjulang kejuaraan Piala Sumbangsih sebelum membuka kempen peringkat kumpulan selepas ini.

"Kita juga mahu menjadikan misi memburu trofi Sumbangsih ini penawar setelah terlepas peluang merangkul Kejuaraan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) baru-baru ini," katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.

Iklan

Sebagai rekod, SK Seksyen 20 terlepas peluang merangkul kejuaraan MSSD selepas tewas kepada SK Sungai Besi Indah menerusi sepakan penalti di suku akhir.

Saingan Piala Raja Muda Selangor,

SK Seksyen 20, diundi dalam Kumpulan A bersama SK Bukit Beruntung 2, Hulu Selangor; SK Taman Samudera, Gombak dan SK Taman Nirwana, Hulu Langat.

Sebagai rekod, Piala Raja Muda Selangor edisi ke-35 menyaksikan sebanyak 32 pasukan dibahagikan kepada lapan kumpulan dengan dua pasukan teratas dalam kumpulan layak ke pusingan 16 terbaik, diikuti suku akhir, separuh akhir dan akhir.

Kejuaraan pembangunan bakat Bawah 12 tahun ini terus mendapat penajaan daripada Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad dengan Sinar Harian sebagai media rasmi.

Skuad Bawah 12 tahun SK Seksyen 20, Shah Alam yang menggalas cabaran dalam Piala Raja Muda Selangor 2024.

INFO

SK SEKSYEN 20, SHAH ALAM

GURU BESAR:

Lutfee Ismail Amir

PENGURUS:

Nur Imanina Shaari

KETUA JURULATIH:

Muhammad Fadzli Baharudin

JURULATIH:

Nik Juhaidi Tarmizi,

Yahaya Labai,

Alif Mohd Drus,

SKUAD

PENJAGA GOL

1. Que Mikail

2. ⁠Muhammad Adam

PERTAHANAN

3. Faiq Furqan

4. ⁠Muhammad Aiman

5. ⁠Darwisy Ikram

6. ⁠Muhammad Irfan

TENGAH

7. Danish Izz Zafran

8. ⁠Umar Ziqri

9. ⁠Thaqif Waiz

PENYERANG

11. Aish Rayyan

12. Rayyan Rizqin

________________________________________________________________________________

SK Seri Selangor selesa status bukan pilihan

SEKOLAH Kebangsaan (SK) Seri Selangor, menjanjikan barisan terbaik menentang SK Seksyen 20, Shah Alam apabila menyingkap tirai Kejuaraan Piala Raja Muda Selangor merebut trofi Sumbangsih di Stadium Mini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 23, Subang Jaya, pada Selasa.

Mengakui persediaan pasukan pada tahap terbaik, pengurus skuad bola sepak Bawah 12 tahun SK Seri Selangor, Asyraf Hilal juga tidak dapat menyembunyikan pelbagai cabaran dalam membentuk kekuatan pasukan berpangkalan di Subang Jaya tersebut.

"Sejujurnya pemain-pemain bersemangat untuk memulakan cabaran baharu saingan Piala Raja Muda Selangor, bermula dengan perebutan Piala Sumbangsih.

"Biarpun begitu kami di barisan kejurulatihan akui berdepan cabaran dalam menyiapkan sebuah pasukan yang solid apabila terdapat segelintir pemain mengalami kecederaan sekembali dari tugasan bersama kelab masing-masing.

"Selain itu, kami juga berlumba dengan masa berkaitan dengan tahap kecergasan pemain-pemain yang berdepan jadual padat sebelum ini.

"Dua elemen ini antara perkara yang sedang kami barisan kejurulatihan atasi," katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.

Mengenai status SK Seri Selangor yang dilabel sebagai pasukan pilihan untuk menjulang trofi Sumbangsih kali ini Asyraf berkata:"SK Seri Selangor selesa dengan status bukan pilihan untuk kejuaraan edisi 2024 kali ini.

"Biarpun kita menjuarai Kejuaraan MSSD (Majlis Sukan Sekolah Daerah) Petaling Perdana 2024, namun dalam kalangan pemain kita tak dipilih mewakili daerah atau negeri.

"Berbanding dengan pemain-pemain pasukan sekolah lain yang mendapat panggilan mewakili daerah atau negeri.

Apapun kita akan cuba yang terbaik."

Sebagai rekod, Piala Raja Muda Selangor edisi ke-35 menyaksikan sebanyak 32 pasukan dibahagikan kepada lapan kumpulan dengan dua pasukan teratas dalam kumpulan layak ke pusingan 16 terbaik, diikuti suku akhir, separuh akhir dan akhir.

Kejuaraan pembangunan bakat Bawah 12 tahun ini terus mendapat penajaan daripada Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad dengan Sinar Harian sebagai media rasmi.

Asyraf, barisan pengurusan dan pemain yang mengalas cabaran SK Seri Selangor bagi saingan Piala Raja Muda Selangor tahun ini.

INFO

SK SERI SELANGOR, SUBANG JAYA

GURU BESAR:

Mohd Nasarrudin Misri

PENGURUS

Mohd Ashraf Hilal

KETUA JURULATIH

Nozaid Hamid

JURULATIH

Fadzil Md Lani

SKUAD B12 SK SERI SELANGOR

PENJAGA GOL:

Dayyan

PERTAHANAN

Fayyath

Faris

Abdul Harraz

Hakeem

TENGAH

Darwish

Kavin

Saif

Lutfi

PENYERANG

Umar

Amzar

PERLAWANAN SUMBANGSIH MEREBUT PIALA RAJA MUDA SELANGOR 2024

Tarikh: 1 Oktober

Hari: Selasa

Masa: 3 petang

Venue: Stadium Mini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 23, Subang Jaya,