Touch 'n Go tidak boleh guna, lelaki bergaduh dengan pekerja tol

Iklan
Tangkap layar memaparkan lelaki terbabit mendekati pondok tol di Plaza Tol Perling.

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki bergaduh dengan pekerja tol di Plaza Tol Perling di sini Ahad lalu, kerana tidak berpuas hati kad Touch 'n Go miliknya gagal digunakan meskipun bakinya mencukupi.

Menurut Ketua Polis Johor Bahru Utara, Balveer Singh Mahindar Singh, pihaknya menerima laporan berkaitan kes berkenaan daripada kedua-dua lelaki terbabit pada jam 10.11 pagi, Isnin.

Iklan
Iklan

Malah katanya, pihak polis juga mengesan satu video yang tular di laman sosial X menggunakan akaun @update11111 memaparkan kejadian gaduh melibatkan dua lelaki berkenaan.

"Hasil siasatan polis mendapati insiden pergaduhan melibatkan dua lelaki berusia 30-an itu berlaku pada Ahad sekitar jam 1.15 tengah hari di pondok tol Plaza Perling menghala ke Iskandar Puteri.

Iklan

"Akibatnya, perselisihan faham dan pergelutan berlaku antara lelaki berkenaan dan penjaga tol di situ hingga menyebabkan orang ramai yang berada di lokasi meleraikan pergaduhan tersebut,” katanya.

Akibat pergaduhan tersebut, kedua-dua lelaki berkenaan mengalami kecederaan ringan di bahagian badan dan muka.

Iklan

Kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan iaitu seksaan kerana melakukan gaduh gempar.