Wanita parah dalam kemalangan babit 7 kenderaan

Iklan
Kereta dinaiki seorang wanita terbalik menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dalam kejadian kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di KM257 Plus arah utara malam tadi.

IPOH - Seorang wanita parah selepas terlibat kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di KM257 Lebuh raya Utara Selatan (Plus) arah utara malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian terbabit jam 10.28 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dan BBP Meru Raya bergegas ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian mendapati kemalangan terbabit melibatkan lima buah kereta dan dua buah motosikal berlanggar mengakibatkan seramai lapan orang mangsa terlibat.

"Sementara itu seramai empat orang mangsa yang memandu kereta berasingan dan seorang penunggang motosikal jenis Yamaha Y15 tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Sabarodzi berkata, ketua operasi mengarahkan anggota membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil mangsa yang cedera parah untuk dihantar ke hospital menggunakan ambulans.

Menurutnya, seramai dua orang mangsa yang mengalami kecederaan ringan telah diberikan rawatan awal dan dihantar ke hospital dengan menggunakan jentera Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS).

Iklan

Jelasnya, operasi yang membabitkan 20 orang anggota itu tamat jam 11.49 malam.