Anak rayu cari bapa hilang selepas keluar rumah

Iklan
Suriatuddin Maliki, 68, dilihat keluar rumah sebelum Subuh dan sempat dirakam CCTV jirannya pada jam 5.50 pagi.

MELAKA – Seorang warga emas dikhuatiri hilang apabila tidak pulang ke rumahnya di Bukit Katil di sini, sejak Isnin.

Anaknya yang dikenali sebagai Farah berkata, bapanya, Suriatuddin Maliki, 68, dilihat keluar rumah sebelum Subuh dan sempat dirakam sistem kamera litar tertutup (CCTV) jirannya pada jam 5.50 pagi.

Iklan
Iklan

Menurut Farah, kebiasaannya bapanya itu yang juga pesara kerajaan akan keluar rumah selepas solat Subuh untuk berjoging dan akan pulang semula 30 minit selepas itu.

"Sepatutnya, pagi Isnin ayah ada janji temu doktor untuk ambil ubat sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Iklan

"Namun dipercayai tidak berbuat demikian, itu yang menyebabkan sehingga sekarang kami sekeluarga risau akan keadaan ayah," katanya ketika dihubungi di sini, pada Selasa.

Tambahnya, kali terakhir bapanya dilihat adalah melalui rakaman CCTV 7-Eleven di Ayer Molek sekitar jam 8 hingga 8.20 pagi semalam memakai baru T warna biru, seluar hitam dan membawa beg silang berwarna hitam.

Iklan

Ujar Farah, hasil semakan lanjut dengan orang ramai di sekitar mendapati, bapanya itu ada meminta bantuan peniaga di situ menempah perkhidmatan e–hailing untuk ke Melaka Sentral kerana mahu ke Kluang, Johor.

"Jadi kami pelik ayah pulang ke sana dan sehingga sekarang masih tidak dapat mengesannya.

"Kami bimbang akan keselamatannya lebih-lebih lagi ayah pernah diserang strok menyebabkan pertuturannya sukar difahami selain kadang kala mempunyai masalah ingatan dan pendengaran," katanya yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Tiang Dua pada Isnin.

Ujar anak bongsu dua beradik itu, bapanya ada membawa sedikit wang tunai, kad ATM dan telefon bimbit namun tidak mempunyai sim kad menyebabkan pihak polis tidak dapat mengesan kedudukannya.

"Kami merayu tolong bantu kami kalau ada yang jumpa ayah supaya hubungi balai polis terdekat atau saya di nombor 017-8870104 atau kakak, 017-3795024," ujarnya lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan Orang Hilang (OH) berkenaan.