Dua pelajar Tingkatan Tiga maut motosikal terbabas

Iklan
Pelajar Tingkatan Tiga maut dalam kemalangan di Jalan Kampung Laba Kota Klias, Beaufort.

BEAUFORT - Dua pelajar Tingkatan Tiga maut selepas motosikal yang mereka tunggang terbabas sendiri dalam kejadian di Jalan Kampung Laba Kota Klias, di sini pada petang Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kedua-dua mangsa lelaki berusia 15 tahun masing-masing tercampak daripada motosikal sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintenden Abdullah berkata, hasil siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Kampung Laba menuju ke sebuah sekolah menengah di Kampung Kota Klias.

"Sebaik tiba, motosikal tersebut telah hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri lalu merempuh tiang solar dan pokok.

Iklan

"Akibat kejadian itu, penunggang motosikal telah tercampak di atas jalan manakala rakannya tercampak ke bahu jalan sebelah kanan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata, kedua-duanya mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan disahkan meninggal dunia.

Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.