27,035 alat permainan seks bernilai RM1.3juta dilupuskan

Iklan
Nik Yusaimi (tiga dari kiri) menunjukkan alat permainan seks yang akan dilupuskan.

SEREMBAN - Sebanyak 27,035 unit alat permainan seks pelbagai jenis seberat 5,800 kilogram dianggarkan bernilai RM1.3 juta dilupuskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Selasa.

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata, kesemua barangan tersebut merupakan hasil rampasan di tiga negeri sepanjang tahun ini.

Iklan
Iklan

"Ia membabitkan rampasan dalam Ops Cetak di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

"Kesemua barang rampasan terbabit telah pun mendapat kelulusan mahkamah untuk dilucut hak dan dilupuskan di bawah Seksyen 19(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984," katanya pada sidang akhbar di pusat pelupusan di sini pada Selasa.

Iklan

Menurutnya, bukan sahaja mengimport, mengedar atau menjual, malah membeli atau memiliki bahan penerbitan berbentuk alat permainan seks adalah salah dari segi undang-undang.

Nik Yusaimi (kiri) menunjukkan alat permainan seks yang akan dilupuskan.

Iklan

Jelas beliau, barangan tersebut ditakrifkan sebagai jelik kerana ia berlawanan dengan moral dan sosio budaya masyarakat di negara ini.

"Kebanyakannya adalah buatan China dan sebahagiannya Thailand. Ia boleh dibeli dengan harga serendah RM50 dan paling mahal RM800, tapi saya percaya ada lagi mahal daripada itu.

"Alat ini telah menimbulkan ketidakselesaan kepada masyarakat tentang kewujudannya di pasaran, platform e-dagang pelbagai medium sosial yang ditawarkan kepada umum,"katanya.

Sehubungan itu katanya, pihaknya tidak akan berkompromi tentang apa sahaja kesalahan-kesalahan melalui penerbitan yang mungkin boleh mendatangkan pelbagai kemudaratan kepada masyarakat.

Tambahnya, KDN secara berterusan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang terlibat bagi membendung lambakan penerbitan tidak bermoral seperti alat permainan seks ini.