Bank Rakyat sumbang RM350,000 kepada 70 masjid

Iklan
Bank Rakyat menyalurkan sumbangan berjumlah RM350,000 kepada 70 masjid dan surau terpilih di seluruh negara bersempena ulang tahunnya yang ke-70.

SHAH ALAM - Bank Rakyat menyalurkan sumbangan berjumlah RM350,000 kepada 70 masjid dan surau terpilih di seluruh negara bersempena ulang tahunnya yang ke-70.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, setiap masjid dan surau yang terpilih masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM5,000.

Iklan
Iklan

Sumbangan itu disampaikan menerusi Program Bacaan Yasin dan Solat Hajat yang dianjurkan secara serentak di 70 lokasi di seluruh negara pada 28 September 2024 lalu.

"Kami amat bersyukur di atas pencapaian sebagai bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dan menerusi program ini juga mencerminkan jalinan silaturahim yang kukuh antara bank serta masyarakat,” katanya pada Selasa.

Iklan
Setiap masjid dan surau yang terpilih menerima sumbangan sebanyak RM5,000.

Dalam pada itu, menurut Bank Rakyat, hubungan erat tersebut akan terus menjadi aspirasi untuk mereka meneruskan perkhidmatan selain memberi impak positif kepada masyarakat.

Tambahnya, program bersama komuniti bukan sahaja memperkukuh aspek perkhidmatan perbankan, malah ia juga memperkasa pembangunan sosial melalui aktiviti kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial korporat.

Iklan

"Sejajar dengan aspirasi Bank Rakyat serta nilai yang ditekankan dalam konsep Malaysia Madani, bantuan yang disalurkan ini diharap dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti setempat dan memperkukuh hubungan silaturahim antara bank dengan masyarakat.

"Bank Rakyat akan meneruskan usaha untuk melakukan inovasi agar kekal relevan dalam perkembangan industri perbankan Islam selain menyediakan penyelesaian yang holistik dan patuh kepada prinsip syariah,” katanya.