Jodoh Hendrawan bersama BAM berakhir

Iklan
Hendrawan

JURULATIH perseorangan negara, Hendrawan, dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berpisah selepas 14 tahun berikutan kontraknya tidak disambung.

Pelatih dari Indonesia itu mula bersama badan induk kebangsaan sejak 2009 termasuk berkesempatan membimbing legenda dunia, Datuk Lee Chong Wei.

Iklan
Iklan

BAM difahamkan sedang meneliti empat calon bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Hendrawan.

Selain itu, BAM dalam sidang media yang sedang berlangsung di Akademi Badminton Malaysia (ABAM), Bukit Kiara, menjelaskan antara kriteria bagi jurulatih beregu wanita yang ditetapkan pula ialah membentuk gandingan baru. -- Stadium Astro

Iklan
Iklan