Buat laporan sekiranya kenderaan 'total lost' digunakan semula

Iklan
Aedy Fadly (dua dari kanan) menyerahkan slip keputusan ujian praktikal motosikal serta lesen memandu kepada peserta Afifi Anuar (kiri) pada Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B2/B1 kepada LMM kelas B di Bangi, hari ini. Foto Bernama

KAJANG - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggesa mana-mana individu yang mendapati kenderaan mereka digunakan semula di jalan raya selepas rosak sepenuhnya (total lost) untuk tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pihaknya mengambil serius berhubung isu berkenaan dan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan terbabit.

Iklan
Iklan

"Saya menasihatkan individu terbabit serta mana-mana pihak yang mengalami situasi sama supaya membuat laporan kepada pihak polis dan JPJ bagi membolehkan siasatan dilakukan sekiranya terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan semula kenderaan itu (total lost)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada tinjauan hari pertama perlaksanaan Program Khas Peralihan LMM Kelas B2/B1 kepada LMM Kelas B di sebuah institut memandu di sini pada Selasa.

Iklan

Baru-baru ini, tular mesej individu di aplikasi Telegram yang mendakwa saudaranya terserempak dengan keretanya yang sudah 'total lost' berada di jalan raya.

Malah, semakan dilakukan individu terbabit menerusi aplikasi MyJPJ turut mendapati cukai jalan kenderaan itu yang diisytihar sebagai rosak sepenuhnya sejak 12 tahun lalu masih aktif.

Iklan