Remaja ditahan bersama 20,000 pil yaba

Iklan
Sebanyak 20,000 biji pil yaba bernilai RM180,000 dirampas daripada seorang remaja di Kampung Banggol Kulim, di sini pada Khamis.

RANTAU PANJANG - Seorang remaja lelaki dicekup polis bersama 20,000 biji pil yaba bernilai RM180,000 di Kampung Banggol Kulim, di sini pada Khamis.

Dalam serbuan jam 4.15 petang itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan telah menahan suspek berusia 18 tahun di tepi jalan hadapan sebuah pasar raya di sini.

Iklan
Iklan

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, hasil pemeriksaan telah menemui 20,000 biji yaba di dalam beg plastik yang dirampas.

"Ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati positif dadah.

Iklan
Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan remaja terbabit direman selama tujuh hari bermula Jumaat hingga Khamis ini," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.