14 pelajar tunjuk bakat tulis jawi di Jualan Gudang Karangkraf 2024

Iklan
Peserta tahap 2 yang menyertai pertandingan menulis jawi sempena Jualan Gudang Karangkraf 2024 pada Selasa. (Gambar kecil: Muhammad Amir)

SHAH ALAM - Seramai 14 pelajar sekolah rendah dalam kalangan pelajar tahap satu dan dua menunjukkan bakat dengan menyertai pertandingan menulis jawi di Jualan Gudang Karangkraf 2024.

Pengurus Penerbitan Akademi Jawi Malaysia, Muhammad Amir Ashraf Rosdin berkata, semua pelajar berpotensi menulis jawi kerana tiada soalan yang ditinggalkan kosong.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga juri pertandingan memaklumkan, semua peserta berjaya menjawab semua soalan mengikut waktu yang ditetapkan iaitu selama 45 minit.

"Markah yang saya beri dibezakan dengan ‘hamzah’ dan ‘taa marbuta’. Saya semak dan tiada pelajar yang dapat markah sama,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Pertandingan menulis jawi tersebut diadakan di lobi Kompleks Kumpulan Karangkraf dengan penyertaan seramai tujuh pelajar bagi kedua-dua tahap tersebut dikira dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) sekolah.

Peserta diberikan tempoh selama 45 minit untuk menjawab dan menulis dalam bahasa jawi tanpa bantuan daripada guru pengiring.

Iklan

Muhammad Amir mengharapkan pertandingan atau aktiviti berkenaan dapat dilaksanakan lagi supaya ia boleh menarik minat kanak-kanak untuk mengetahui penulisan bahasa Jawi.

Peserta tahap 1 yang menyertai pertandingan menulis jawi sempena Jualan Gudang Karangkraf 2024 pada Selasa.

Ujarnya, ia akan menjadi contoh kepada organisasi lain untuk mengadakan pertandingan seperti itu di sekolah atau luar sekolah.

"Ia perlu diteruskan pada masa hadapan dan aktiviti itu menjadi contoh kepada organisasi lain untuk menggalakkan pelajar mahir dalam bahasa jawi,” tambahnya.

Dalam pada itu, Muhammad Amir berkata, pihaknya turut menerima mana-mana agensi atau institusi yang menghantar bahan bacaan untuk semakan penulisan bahasa jawi.

Menurutnya, ia penting untuk memperbetulkan dan memperbaiki penulisan jawi yang berkemungkinan mempunyai kesalahan ejaan.

"Dari segi penulisan jawi, saya lihat ia sangat penting sebab hari ini kita dapat lihat orang nak menghantar penulisan tapi kadang-kadang mereka mungkin salah eja dan sebagainya.

"Jadi, kita perlukan ada pengesahan dan pihak kami dapat mengiktirafnya bersama organisasi berkenaan,” ujarnya.