Tiga termasuk suami isteri ditahan bersama ganja RM43,700

Iklan
Tiga ditahan termasuk pasangan suami isteri selepas penemuan ganja bernilai RM43,700 dalam serbuan berasing di Rantau Panjang pada Rabu.

RANTAU PANJANG - Tiga ditahan termasuk pasangan suami isteri selepas penemuan ganja bernilai RM43,700 dalam serbuan berasing di sini pada Rabu.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, pada jam 5.20 petang sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang telah berjaya menahan sepasang suami isteri berusia lingkungan 20 hingga 21 tahun.

Iklan
Iklan

"Mereka ditahan di tepi jalan dekat Taman Wahyu Gual Nering di sini.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan kami telah merampas satu bungkusan plastik warna biru yang dipegang oleh lelaki terbabit dimana pemeriksaan lanjut telah menemui 10 bungkusan berisi tumbuhan kering mampat disyaki dadah jenis ganja seberat 882.09 gram yang dianggarkan bernilai RM1,850," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Menurut beliau, hasil siasatan lanjut dengan dipandu arah suspek lelaki terbabit telah berjaya merampas dua bungkusan plastik yang ditahan di pejabat agensi penguat kuasa sempadan di Rantau Panjang kerana tidak membayar cukai.

Ujarnya, pemeriksaan ke atas barangan tersebut mendapati ia mengandungi tumbuhan kering mampat disyaki dadah jenis ganja anggaran berat 13,536 gram yang bernilai RM41,850.

Iklan

Mohd Ali memberitahu, turut disita sebuah kereta Proton Iswara yang dianggarkan bernilai RM3,500 dan sebuah motosikal Honda EX5 bernilai RM2,000.

"Kes disiasat bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucutan Harta) 1988.

"Dalam perkembangan sama, seroang lelaki berusia 22 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di jalan Power STN Rantau Panjang bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau memberitahu, ujian saringan air kencing ke atas ketiga-tiga suspek didapati salah seorang daripada mereka positif dadah dan mempunyai satu rekod berkaitan kes dadah.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut beliau, ketiga-tiga suspek direman selama tujuh hari mulai Khamis hingga Rabu.

"Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan kenderaan dianggarkan bernilai RM49,200," katanya.