Polis Kelantan cekup 2,525 penagih, rampas dadah RM1.97 juta

Iklan
Polis Kelantan berjaya menahan 2,525 penagih dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.97 juta sepanjang 30 hari Ops Tapis Bersepadu dan Ops Bersepadu Sempadan di negeri ini bermula 1 hingga 30 September lalu.

KOTA BHARU - Polis Kelantan berjaya menahan 2,525 penagih dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.97 juta sepanjang 30 hari Ops Tapis Bersepadu dan Ops Bersepadu Sempadan di negeri ini bermula 1 hingga 30 September lalu.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, mereka yang ditangkap berusia diantara 15 hingga 64 tahun dan melalukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 dan Akta Racun 1952.

Iklan
Iklan

"Empat suspek merupakan penjawat awam, manakala 63 perempuan dan selebihnya 2,462 lelaki.

"Jumlah dadah yang dirampas ini dianggarkan boleh digunakan oleh seramai 164,218 penagih dadah," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Menurut beliau, pada masa sama pelbagai harta turut disita terdiri daripada kenderaan dan wang tunai yang dianggarkan bernilai RM138,950.80.

Ujarnya, kes disiasat bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucutkan Harta) 1988.

Iklan

Mohd Ali memberitahu, jumlah keseluruhan nilai rampasan dadah dan sitaan harta dianggarkan bernilai RM2,118,689.30.

"Operasi ini menumpukan kawasan sasaran yang aktif atau sarang penagih yang menjalankan aktiviti pengedaran serta penyalahgunaan dadah.

"Selain itu, operasi bersepadu di sempadan bertujuan bagi mengekang penyeludupan dadah dari negara jiran melalui sempadan ke negara ini," katanya.