Tapir jantan mati dirempuh kereta

Iklan
Seekor tapir jantan mati selepas dirempuh sebuah kereta di Jalan Bukit Rokan Barat, Jempol malam Isnin.

SEREMBAN - Seekor tapir jantan dianggar seberat 200 kilogram mati selepas dirempuh sebuah kereta di Jalan Bukit Rokan Barat, Jempol, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, tapir dianggar berusia lima tahun itu dirempuh kereta jenis Proton X50 dipandu lelaki berusia 19 tahun, kira-kira 9.50 malam.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati lelaki itu dalam perjalanan dari Melaka ke Pahang dan ketika menuruni bukit, secara tiba-tiba tapir itu berada di tengah laluan menyebabkan dia tidak dapat mengelak dan terlanggar haiwan itu lalu terseret ke longkang.

"Akibat pelanggaran itu, kereta lelaki terbabit memasuki laluan bertentangan dan bergesel dengan Toyota Hilux menyebabkan keretanya terbabas dan jatuh ke longkang kiri jalan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Bagaimanapun Chang Hook berkata, kedua-dua pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan bangkai tapir itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara Gemas, Negeri Sembilan untuk dilupuskan.

Kes katanya disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. - Bernama

Iklan