84 peratus rakyat Malaysia puas hati dengan penyusunan kerja hibrid

Iklan
Penjadualan fleksibel merupakan pilihan utama bagi pekerja Malaysia di tempat kerja dalam tempoh lima tahun akan datang. Foto 123RF

KUALA LUMPUR - Satu tinjauan mendapati sebanyak 84 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan penyusunan kerja hibrid berbanding dengan kadar global iaitu sebanyak 87 peratus.

Menurut laporan tinjauan 'From Restrictions to a Resilience' oleh Unispace Group, angka ini berada sedikit di belakang Hong Kong yang mencatatkan 87 peratus tetapi lebih tinggi daripada Singapura yang berada pada 78 peratus.

Iklan
Iklan

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Unispace Group melaporkan 94 peratus majikan di Malaysia berpuas hati (penyusunan kerja hibrid), sejajar dengan purata global sebanyak 95 peratus.

"Ini menunjukkan terdapat jurang berterusan harapan di antara majikan dengan pekerja, tidak seperti di Amerika Syarikat dan India.

Iklan

"Penemuan ini mencerminkan kepentingan langkah kerajaan Malaysia untuk menggalakkan pekerja dengan secara rasmi meminta pengaturan kerja fleksibel daripada majikan mereka,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Utama Strategi Unispace di Asia, Jianhan Qiu berkata, penjadualan fleksibel merupakan pilihan utama bagi pekerja Malaysia di tempat kerja dalam tempoh lima tahun akan datang.

Iklan

"Walaupun ini bertujuan untuk memacu keterangkuman dan membantu syarikat menarik serta mengekalkan bakat dengan lebih baik, ia hanyalah satu langkah.

"Sekarang, giliran majikan untuk mengubah ruang kerja fizikal mereka selaras dengan perkembangan semasa, supaya ia menjadi ruang yang diingini oleh pekerja,” katanya.

Walaupun fleksibiliti kekal sebagai pilihan utama, rakyat Malaysia merupakan antara yang paling percaya bahawa kerja jarak jauh mungkin memberi kesan negatif terhadap kemajuan kerjaya mereka iaitu sebanyak 33 peratus berbanding 25 peratus di peringkat global.

Tinjauan itu juga mendapati 94 peratus pekerja Malaysia menyatakan minat untuk mencuba bekerja selama empat hari seminggu.

Keputusan tinjauan itu juga menunjukkan pekerja menghargai"membina hubungan sosial" dan"kerjasama bersemuka" sebagai manfaat utama di pejabat, tetapi mereka juga mengharapkan peluang untuk kerja bertumpu bagi"merasakan lebih produktif”, satu aspek merujuk penyusunan pejabat pada waktu ini yang kurang memuaskan.

Qiu berkata, apabila pekerja menghabiskan lebih banyak masa di tempat kerja, mereka mengharapkan ruang atau persekitaran sunyi yang menyokong tumpuan masing-masing. - Bernama