Pencarian pesara Felcra Sabari Baharom

Iklan
Pencarian pesara Felcra Sabari Baharom, 62, yang dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dekat sini, diteruskan hari ini.

Operasi melibatkan Pasukan Polis Marin, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) itu bermula 9 pagi tadi.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Difahamkan radius pencarian diperluas kepada 12.8 kilometer sepanjang sungai bermula dari Jambatan Kampung Empa, Derang dekat sini iaitu lokasi mangsa dipercayai dicampak.

Semalam, polis mengesahkan mangsa dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat.