Sekurang-kurangnya 10 maut, bas terbakar di Thailand

Iklan
Seorang petugas penyelamat membawa mayat mangsa selepas bas membawa pelajar dan guru terbakar di pinggir Bangkok pada Selasa. Foto AFP

BANGKOK - Sebuah bas dua tingkat yang membawa guru dan pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand terbakar pada petang Selasa, mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang.

Thai PBS World melaporkan bahawa bas yang membawa 38 pelajar dan enam guru dari Sekolah Wat Khao Phraya di daerah Lan Sak, sedang dalam perjalanan ke Bangkok ketika kejadian berlaku di Jalan Vibhavadi Rangsit.

Iklan
Iklan

Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra berkata, beliau mengarahkan beberapa menteri, termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Anutin Charnvirakul; Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan, Suriya Juangroongruangkit, serta Timbalan Menteri Dalam Negeri, Sabida Thaiset untuk melawat lokasi kejadian.

Anggota penyelamat memeriksa bas yang terbakar yang membawa pelajar dan guru di pinggir Bangkok pada Selasa. Foto AFP

"Saya dimaklumkan mengenai kebakaran bas yang melibatkan pelajar dari Uthai Thani ketika menyertai lawatan sambil belajar ke Bangkok, yang secara tragis mengakibatkan kematian dan kecederaan.

Iklan

"Sebagai seorang ibu, saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang cedera dan terkorban," katanya menerusi akaun rasmi beliau di platform X pada Selasa.

Seorang pegawai polis mengambil gambar ketika dia memeriksa bahagian belakang bas yang terbakar di pinggir Bangkok pada Selasa. Foto AFP

Jumlah sebenar mangsa masih belum dapat dipastikan.

Iklan

Pasukan penyelamat berada di lokasi kejadian. - Bernama