Iran tidak akan hantar pasukan bantuan ke Beirut

Iklan
Rakyat Iran memberi penghormatan akhir ketika berhimpun di hadapan potret gergasi Nasrallah di Dataran Palestin pada Isnin. - Foto AFP

TEHERAN -"Iran tidak akan mengerahkan pasukan bantuan ke Lubnan untuk berkonfrontasi dengan Israel.”

Kenyataan itu dibuat Kementerian Luar pada Isnin ketika rejim Zionis semakin menggila mengebom negara sekutu di bawah Paksi Penentangan anti-Israel yang disokong Teheran sejak akhir minggu lalu.

Iklan
Iklan

"Tiada keperluan untuk menghantar unit sukarelawan. Pejuang di Lubnan dan Palestin berupaya mempertahankan diri mereka daripada kekejaman musuh,” kata jurucakapnya, Nasser Kanani.

Menurutnya, Teheran belum menerima sebarang permintaan daripada mana-mana pihak.

Iklan

Kanani bagaimanapun memberi amaran tegas bahawa rejim Tel Aviv tidak akan terlepas daripada 'hukuman' atas jenayah melampau yang dilakukan mereka terhadap rakyat Iran, anggota tentera dan anggota paksi itu.

Ketika banyak pihak menanti respons tegas Teheran, Presiden Masoud Pezeshkian dilaporkan berkunjung ke pejabat Hizbullah di Teheran untuk memberi penghormatan terakhir kepada Sayyed Hassan Nasrallah yang terkorban di tangan musuh pada Jumaat lalu.

Iklan

"Kematian Nasrallah tidak akan menjadi sia-sia,” tegas Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei selepas Naib Presiden pertama, Mohammad Reza Aref berjanji akan 'membinasakan' Israel. - AFP